Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • INFO BALM
  • BALM
    • CALM TIME
    • SLEEP TIME
    • T-RUB
    • CF-RUB
    • SKEENZ
  • SLEEP MIST
  • BUSINESS
  • Contact Me
facebook instagram

Jannah Bahari

Assalamualaikum... Salam Jumaat 

#throwback pasal kelas mingguan, rase lamenye Jannah tak pergi kelas, abah tak sihat jadi Jannah pun cuti dan duduk kt kampung Pahang... Abah dah disahkan ada masalah jantung, jantung abah ade 3saluran tersumbat dan akan dibedah dalam mase terdekat ni... Nanti Jannah cerita lagi pasal abah ye...

Nak pergi ke kelas dugaan hujan  + jem... KL kalau tak jem itu bukan KL la kan.. hihih.. Akhirnye sampai jugak ke kelas tepat2 dan diorang dah masuk intro :-)
-------------------------------------------------------------------
Puan MC kita, Pn. Syam, Syam tu tak pernah keje langsung. Habis belajar terus buat bisnez...
Pertengahan biznes syam kahwin dan ada anak...Sekarang income syam dah LIMA ANGKA!!!! Ya Allah pengsan dengar!!!! Uol pitam tak kalau every month tengok belas ribu dalam akaun... Syam...tunggu nak meneran sikit je lagi tu untuk DDM. Car fund nak hampir complete dah..
Biar orang tengok yang tak bekerja, yang berniaga ni..lagi NIKMAT..

Syam kata,
Syam tak pernah expect dapat macam ni time dulu nak start niaga.. Apa yg syam tahu bisnes ni boleh bagi lebih tanpa limit time..sebolehnya syam tak suka makan gaji or kerje under orang.. Syam tak suka terikat masa dengan sesiapa... Hadap jem pagi2 buta.. Keluar umah pagi2 buta.. Syam tak sanggup yang tu.. Full time buat biznes Minda lebih fokus!!! Lagi2 orang macam syam yang tak berapa tahu nak manage masa... Sesuai sangat la buat BIZNES


Speaker 1st kita, kak isma...seorang Ex Chartered Accountant dari company oil &gas. Buat biznes PB ni sejak zaman anak dara, sampai sekarang anak nak masuk 2orang..

Dengan biznes ni, kak isma dapat buat saving RM30k untuk wedding beliau dalam masa setahun... Wauu !!! Setahun dapat saving banyak tu, dalam TLC semuanya tak mustahil...

Kenapa seorang Accountant yang bergaji RM8k sebulan, berhenti kerja dan buat biznes secara fulltime... Sebabnya beliau nampak PELUANG... kerja 2jam sehari boleh dapat income RM5000 


2nd Speaker kita Bakal DDM Myra... Beliau merupakan seorang bekas pesakit jantung berlubang..Alhamdulilah usaha dengan pemakaian Premium Beautiful beliau tidak lagi bergantung dengan ubat. Pernah bekerja Office hour selama setahun je lepas tamat pengajian sarjana muda, kerana bekerja di bawah arahan bos bukan lah sesuatu yang diimpikan semua orang.. Dengan adanya biznes ni boleh buat income besar dengan bebas masa.

Pernah merasa nikmatnya kehidupan serba mewah hasil dari perniagaan station minyak, mini market dan sebagai supplier makanan pada sektor kerajaan yang  yang diusahakan oleh kedua ibu dan ayah beliau..

Mewahnya beliau hinggakan di zaman belajar lagi beliau dah biasa memandu sendiri Mercedez Benz ulang alik ke kuliah.

Hingga satu ketika, ditakdirkan perniagaan milik keluarganya mula di landa ujian...dalam sekelip mata hilang segala kemewahan dan kesenangan hidup yag pernah dimilikinya.. Maka saat tu, bermulalah detik pembangunan hidup yang membuatkan beliau tabah dan sentiasa muhasabah diri untuk tidak selamanya duduk dalam comfort zone yang ada..


Kenapa buat biznes??? Sebab tak nak sesekali rase dah selesa duduk dalam Comfort Zone sendiri..
Kenapa suka pergi kelas??? Sebab pengalaman yang Speaker share dalam kelas tak ada di mana-mana... Ilmu yang berharga datang dari pengalaman :-)


Kami dah mula ANDA bile lagi...!!!

JANGAN
Takut
Tangguh
Tunggu
Tengok
Termenung

sebab

RUGIIIIII  RUGIIIII RUGIIII

Alhamdulilah di TLC dari tak pandai berniaga hingga Jannah suka berniaga bersama TLC...Kalau tak buat rase bersalah  pada diri sendiri... 

www.jannahbahari.com

#premiumbeautifulexpert
#premiumbeautiful #TopAgentPahang #BusinessOnline #igmalaysia #hijabista #timefreedom #Jomberniaga #extraincome #ajarorangberniaga #jannahbaharidotcom #0199110868


Love, 
Jannah

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...


Ada yang tanya Jannah macam mana nak pakai Premium Beautiful masa pantang?? Boleh jadikan Set Berpantang ye?? Boleh dear, mudahkan dengan PB boleh berpantang dengan mudah dan selamat.. Kat sini Jannah nak share la sikit cara Berpantang dengan Premium Beautiful.


Orang bersalin normal boleh terus pakai Waist Nipper sebaik saja bersalin.. Lepas luka bawah dah ok and confident berani boleh la pakai 1 set Premium Beautiful.  Macam Jannah pun pakai waist dulu baru pakai 1 set PB, sebab girdle tu cam seram sikitkan luka tak berapa nak kering lagi teringat ke gunting jahit je kan.. hehe



Kalau orang yang bersalin operate pulak lepas luka jahit kat perut kering baru pakai waist.. Biasa lepas 2minggu boleh pakai waist, tapi ikut atas orang jugak.. Pastu lepas sebulan boleh la pakai 1 set.. Ade testimoni kita, katanya luka operate akan lebih cepat kering bila pakai wist nipper. Mula2 tu pakai longgar atau just letak je waist atas perut supaya FIR pada waist tu boleh bekerja untuk keringkan luka.. lama2 boleh la pakai waist macam biasa, betul2...


SET BERPANTANG PB no EXPIRED DATE tau :-)


Free Service + Lifetime Warranty


Penting ni tau : Waktu terbaik untuk dapatkan bentuk badan asal adalah ketika berpantang 44hari sebab masa tu badan dan perut lembut lagiplus pemakanan kita dikawal so memang cepat la badan nak kemas dan kempis...




#Promosi YES

 Booking Set Premium Beautiful untuk berpantang uolls !!!

www.jannahbahari.com
019-9110868




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Salam Maal Hijrah atau Awal Muharram, 1 Muharram 1437. Jom kita sama-sama hayati bulan mulia ini, Jannah share sedikit info tentang Awal Muharram, peristiwa penting pada bulan Muharram. Hari Assyura dan keistimewaan.. sumber : membaca dan mencari 


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia. 
Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam. Bermulanya kisah perpindahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari kota Mekah ke Madinah.
Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91)

Erti Ayat Al Baqarah 91
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)”. Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?”.

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain.Secara istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang.Ini berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:
المُهاَجِرُ مَنْ هَجَرَ السُّوْءَ فَاجْتَنَبَهُ

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya.” (Hadis riwayat Ahmad)

-------------------------------------------------
Sambungan Sejarah bulan Muharram...

Seperti yang kita tahu,bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalendar Hijrah. Ia adalah bulan Allah SWT,bagi menandakan kemulian dan kelebihannya.Ini kerana Allah SWT dan Rasul tidak menyandarkan sesuatu kepada Allah melainkan sebagai tanda kelebihan dan kemuliannya berbanding yang lain. Dari Abu Hurairah R.A. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Seutama-utama puasa selepas Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah al-Muharram, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam.”

Bulan Allah al-Muharram juga merupakan salah satu bulan haram yang disebut oleh Allah swt di dalam ayat-Nya:

“Sesunguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram, iaitulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu…” (at-Taubah: 36)

Dalam bulan yang mulia ini, terdapat satu hari yang bersejarah dalam diari Umat Islam, iaitu hari `Asyura.

----------------------------------------------------
Sejarah Hari 'Asyura'

Salamah bin al-Aqwa’ R.A. meriwayatkan: Maksudnya:

“Bahawasanya Nabi S.A.W. telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia pada hari ‘Asyura, sesiapa yang telah makan pada hari tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan (teruskan berpuasa).” (HR al-Bukhari)

Aisyah r.’anha berkata:

“Adalah umat Islam dahulunya berpuasa ‘Asyura sebelum difardhukan Ramadhan, hari tersebut adalah hari orang-orang Jahiliyyah menyelimuti Ka’bah (dengan kain selimut), apabila Allah menfardhukan Ramadhan, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang hendak berpuasa ‘Asyura, maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak, tinggalkanlah.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada pertengahan tahun kedua hijrah, maka dimansukhkan hukum wajib puasa pada hari ‘Asyura dan kekal hukumnya sebagai sunat. Puasa ‘Asyura ini tidak diwajibkan melainkan pada peringkat awal Hijrah ialah pada tahun pertama sehingga pertengahan pertama tahun kedua Hijrah. Setelah daripada itu, pada tahun ke-10 hijrah Nabi S.A.W. berazam untuk berpuasa ‘Asyura beserta dengan hari sebelumnya iaitu hari ke-9 Muharram agar berbeza dengan Ahli Kitab yang juga berpuasa pada hari ‘Asyura sahaja.

----------------------------------------------------
Peristiwa penting pada Bulan Muharram

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada hari ini juga, Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul2nya. Antara peristiwa2 yang berlaku pada hari 10 Muharram ialah :

:: Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
:: Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
:: Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
:: Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
:: Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
:: Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
:: Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
:: Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
:: Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
:: Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
:: Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
:: Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
:: Hari pertama Allah menciptakan alam.
:: Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
:: Hari pertama Allah menurunkan hujan.
:: Allah menjadikan 'Arasy'.
:: Allah menjadikan Luh Mahfuz.
:: Allah menjadikan alam.
:: Allah menjadikan Malaikat Jibril.
:: Nabi Isa diangkat ke langit.

----------------------------------------------------
Amalan Sunat Di Bulan Muharram

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:

* Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala umpama 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.

Abu Qatadah berkata, Nabi S.A.W. telah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, baginda bersabda:

“Ia (puasa ‘Asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu.” Dalam riwayat yang lain,maksudnya: “Dan puasa hari ‘Asyura, aku mengharapkan agar Allah menghapuskan dosa setahun sebelumnya.” (HR Muslim)

Hadith diatas jelas merupakan anjaran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan pada akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil.

* Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi seluruh umat Islam berbuka puasa.
* Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berterusan 50 tahun melakukannya.
* Membaca Surah Al-Ikhlas 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
* Mandi sunat. Niatnya “Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala.” Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
* Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
* Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan supaya hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
* Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
* Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
* Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.
* Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
* Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.
* Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.

sumber: http://adengrien.blogspot.my/2010/12/saalam-maal-hijrah-1432.html
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun




Sharing is Caring

Love,
Jannah

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...

Jannah ada terbaca dalam facebook tip bekerja dari rumah.. Setiap ibu terutamanya memang berhasrat untuk bekerja dari rumah kan... Tapi ada yang berjaya dan ada juga tak berjaya.. Jom kita cek mane2 yang kurang boleh kita baiki..

1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa

Perkara yang penting, sediakan keperluan asas seperti Laptop, printer, dll. Tempat kerja kita tak perlu pun luas asalkan selesa kan.. Meja yang selesa untuk anda buat kerja, kat rumah pun anda bekerja bukan baring tau... INGAT tu..

Sumber : Google

2. Bekerja Ikut waktu

Waktu yang flexible tapi kena ade time kerja kita kerja, ada time kite beriadah kita riadah.. Time Freedom... Anak membesar depan mata.. kalau perlu anak hantar ke pengasuh, hantar la sekejap supaya anda boleh fokus pada kerja.. Kalau perlukan masa untuk jumpe client set mase yang sesuai supaya anda boleh arrangekan rutin harian anda dengan teratur



3. Disiplin dan konsisten

Kena Konsisten dalam melakukan sesuatu pekerjaan... Kalau kerja dari rumah perlukan semangat yang kuat supaya tak terpesong landasan... hihi... kena buat konsisten kalau tidak tak akan nampak hasilnye... kita berusaha lebih kita akan dapat lebih :-)


4. Buat kerja secara Rutin

    1. Bangun Tidur
    2. Bersiap, bersihkan diri, jangan tak mandi pulak terus buat                 kerja :-)
    3. Buat sarapan untuk suami dan anak2
    4. Boleh start masuk tempat kerja
    5. Reply Email, buat call untuk set appointment
    6. Siapkan makan tengahari, jemput anak dari sekolah
    7. Siapkan keperluan anak2 & Luangkan masa bersama anak2             sekejap
    8. Boleh sambung buat kerja semula
    9. Riadah bersama anak2, badan dan otot2 kena renggang2kan             jugak 
  10. Malam teman anak2 siapkan kerja sekolah dan mengajar                   mereka,
  11. Listkan apa yang perlu dilakukan keesokan hari
  12. ulang semula rutin harian anda

5. Buat kerja anda Je.

Bila dah kerja dari rumah ni, jangan pula kita selalu jadi volunteer, contohnya terima jaga anak jiran kat rumah anda. Tolong menolong tak salah tapi jangan selalu sebab kita ade target kita, ada kerja kita jugak kan.. Walupun kita kerja di rumah tapi kita perlu ingat tanggungjawab kita pada diri sendiri :-)

Ada lagi tips kerja dari rumah ni... Suri rumah pun boleh berjaya kerja dari rumah... korang ada tips yang boleh share same2 jangan segan2 tinggalkan komen ye...

Love, 
Jannah





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Nak beli Premium Beautiful Murah kena berhati-hati..

Berapa Harga Premium Beautiful?
Harga Premium Beautiful bergantung pada ukuran badan seseorang. Oleh itu, ukuran akan diperlukan dalam bentuk CM dan Jannah akan berikan harga istimewa serendah yang mungkin untuk uolls yang memang nak sihat dan cantik dengan Premium Beautiful.


Antara Masalah yang Dapat dirawat dengan PB adalah :-

Senggugut

Period Tak Teratur

Peranakan Jatuh

CYST/ Fibroid

Lump /  Breast Cancer

Vigina Longgar

Bantu Masalah Kesuburan

Mengawal Migraine

Slip Disc

Mengurangkan Masalah StretchMark

In Sha Allah dengan izin Allah SWT dan keyakinan uolls dapat melawan penyakit dengan Pemakaian Premium Beautiful. Dapatkan Premium Beautiful dengan Agent yang aktif sahaja.


Ciri-ciri Agent Premium Beautiful yang AKTIF :-

Ada BLOG yang sentiasa up to date

Ada PERSONAL FACEBOOK & FACEBOOK PAGE yang aktif

Ada INSTAGRAM yang aktif

Sentiasa pantas dalam menjawab soalan berkenaan Premium Beautiful


JANGAN TERTIPU DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL MURAH :-

ia mungkin SET .........

PREMIUM BEAUTIFUL TIPU !

Di mudah.my boleh jumpa klon Premium Beautiful Korset.. Bentuk hampir sama dan die tulis 'Premium Beauiful Murah'..
Tapi bila di teliti dengan dekat, SAH ia SET Premium Beautiful Tipu! Jangan mudah terpedaya dengan harge murah Premium Beautiful.

PRELOVE SET !

PLEASE jangan share baju dalam anda dengan orang lain. Memang la fabrik Premium Beautiful anti bakteria. Tapi uolls selesa ke kalau guna bekas pelapik sulit orang lain??

SET LAMA

Set lama ni boleh jadi tiada lagi FIR pada Premium Beautiful kerana kebiasaannya set lama terperap dalam bonet kereta yang panas.

CLEARANCE STOCK !

Nak habiskan stok tak boleh nak tukar size, kena pakai size yang ada je, mesti rase senak dan sebu jela bile pakai PB Clearance stok ni..

Premium Beautiful korset bukan untuk dipakai senak dan sendat yang biasa kita dengar. jangan kerana murah, uolls tangkap muat je... Premium Beautiful yang sememangnya fabrik berkualiti..

Sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada Premium Beautiful, memang menjadi masalah untuk anda mencari semula agent PB yang anda berurusan dulu...


Contoh Kerosakan pada Premium Beautiful yang boleh dibaiki secara PERCUMA.

Service Premium Beautiful adalah sepanjang hayat. Maknanya bila ada sebarang kerosakan seperti hook tercabut, kain tercarik, tetulang patah, anda boleh hubungi Agent Premium Beautiful anda untuk dapatkan service baik pulih PERCUMA. 
NO HIDDEN CHARGE !!

Semua dah tahu kan Kenapa perlu dapatkan SET Premium Beautiful hanya dari agent yang AKTIF sahaja???


Alang2 dah beli Premium Beautiful dengan harga RMx,xxx, better dapatkan daripada agent yang serius berniaga sahaja. Jangan berkira dengan harga , kerana service yang ditawarkan setanding dengan harga yang diberikan.

Pengguna Setia Premium Beautiful pasti Blog, FB Personal, Instagram mereka AKTIF ;-)
Mereka jual, dah pastinya mereka pakai :-)



Bersama teman setia sepanjang hari...
Premium Beautiful Classic
Premium Beautiful Elegance

Agent SAH PREMIUM BEAUTIFUL 

Jannah
019-911 0868 








Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Search This Blog

About Me

About Me

Jannah Bahari


* Naura House *

Follow Me

  • facebook
  • instagram

recent posts

Popular Posts

  • Ejen Tasneem Naturel Temerloh & Mentakab, Pahang
    Kita masih lagi dalam bulan Syawal dan PKP. Entah sampai bila PKP akan diteruskan dan entah sampai bila wabak Covid-19 akan berakhir. Sama...
  • Jom! Kenali Tentang Essential Oil Secara Ringkas
    Secara ringkasnya, Essential Oil atau biasanya disebut EO jer, ialah minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit...
  • About & How to Contact Me
    Jannah Bahari Naura House @jannah_bahari http://www.wasap.my/60199110868/
  • MENYESAL MAKAN MAHARANI
    Menyesal Makan Herba Maharani ni . Memang menyesal makan Maharani ni sekarang...Kalau tau, makan dari dulu lagi...Hubby asyik komplen...
  • 1 APRIL 2018 MAHARANI BAKAL NAIK HARGA !
    Assalamualaikum.. Sebelum gaji bulan ni habis, sempat lagi kalau nak grab harga jimat RM22 untuk jamu hot ni, Herba Maharani. Meman...

Blog Archive

Categories

  • Balm Tasneem Naturel
  • Balmbaby
  • Dropship Agent
  • Essential Oil
  • Garlic Tablet
  • Herba Maharani
  • MIN KAFFE
  • MineralCoffee
  • Tasneem Naturel Info
  • Tasneem Naturel Mentakab
  • Tasneem Naturel Temerloh
  • TasneemNaturelPahang
  • agent kuantan
  • agent temerloh
  • anak sembelit
  • balmtasneem
  • barang baby
  • barang baby murah
  • jomtambahpendapatan
  • omarhana

Created with by ThemeXpose