Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • INFO BALM
  • BALM
    • CALM TIME
    • SLEEP TIME
    • T-RUB
    • CF-RUB
    • SKEENZ
  • SLEEP MIST
  • BUSINESS
  • Contact Me
facebook instagram

Jannah Bahari

Dalam entry semalam, Jannah dah share tentang Pengenalan dan Sejarah Tasneem Naturel. Harini, Jannah nak share pula tentang Kelebihan Tasneem Naturel Balm.


Kelebihan Tasneem Naturel Balm:

1. Ada kelulusan KKM

2. Dibuat daripada bahan semulajadi iaitu essential oil
3. Cepat bertindak
4. Bau yang harum
5. Kecil. Jadi ia mudah dibawa kemana-mana
6. Produk Muslim
7. Mendapat serapan terbaik dari essential oil terpilih
8. Anak-anak rasa lebih selesa
9. Tekstur balm yang jimat
10. Tak panas atau berangin, tak pedih.
11. Tak melekit
12. Guna essential oil import, ada MSDS Sheet.
13. Natural, tiada bahan kimia
14. Bebas paraben
15. Boleh digunakan oleh semua peringkat umur.
16. Membantu selesaikan masalah ibu dan anak
17. Anak terus tidur
18. Tiada masalah sembelit
19. Anak tak mengamuk dah dalam car seat
20. Anak tenang je dalam perjalanan panjang
21. Makan kat luar tenang je. Anak tak banyak ragam
22. Senang bawak anak pegi shopping sebab anak behave
23. Campuran lebih dari 5 jenis essential oil terpilih
24. Harga mampu milik
25. Pelbagai fungsi dan khasiat 
26. Sesuai dari newborn hingga dewasa
27. Tiada bahan kimia, tiada paraben. 
28. Sangat sesuai untuk bayi
29. 200% dari bahan alami semulajadi
30. Ada 5 jenis balm yang sesuai dijadikan Kit Bayi dan kanak-kanak.















Sebagai ibu yang menggunakan kelima-lima jenis balm Tasneem Naturel ni, Jannah sangat-sangat berpuas hati dengan kualiti, keberkesanan dan harga kelima-lima balm Tasneem Naturel. Penggunaanya sangat mudah, jimat dan berbaloi-baloi. Ke mana-mana saja pun mudah nak di bawa kerana packaging botolnya sangat practical. Cuma pastikan balm-balm anda tidak terdedah kepada cahaya matahari atau suhu yang panas kerana dikhuatiri boleh merosakkan struktur bahannya dan menjejaskan kualiti dan keberkesannya. 

Nak cuba balm Tasneem Naturel, anda boleh terus Whatsapp Jannah dengan menekan LINK INI. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Secara ringkasnya, Essential Oil atau biasanya disebut EO jer, ialah minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok. Minyak ini terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang disebut kelenjar tumbuhan.



Essential oil (Minyak pati) yang beraroma ini diesktrak menggunakan kaedah penyulingan, enfleurage atau teknik maceration.


Contohnya ialah:
- Minyak pati levender diambil dari daun dan bunga
- Minyak pati oren diambil dari kulit oren
- Minyak pati rose diambil dari bunga rose



Penggunaan essential oil semakin meluas di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, kerana semakin tinggi kesedaran tentang betapa berkesannya essential oil untuk digunakan dalam kehidupan seharian untuk kesihatan dan kecantikan. Ia boleh juga dikatakan sebagai "lifestyle product" kerana ia adalah produk yang boleh dikatakan barangan 'luxury'. Namun begitu, kita boleh membuat pilihan untuk menggunakan essential oil daripada brand yang mana sebagai pilihan. 


Essential oil juga adalah bahan utama yang digunakan dalam produk-produk Tasneem Naturel! Sebab itulah, keberkesanan dan kualiti produk Tasneem Naturel tidak dapat disangkalkan dan ia bertahan di pasaran sejak mula dikeluarkan pada November 2016. Dari semasa ke semasa, Tasneem Naturel telah mengeluarkan beberapa lagi rangkaian produk berasaskan essential oil dengan niche untuk bayi dan kanak-kanak. 


Oh ya, perfume aromatherapy juga dikeluarkan oleh Tasneem Naturel! Ia adalah berasaskan pati essential oil rose. Anda pernah cuba? Rugi kalau tak cuba, memang best sangat! Ia bukan sekadar wangi, namun memberikan kesan aromaterapi. EH, cerita pasal perfume pulak yer. Okey, semoga info ringkas mengenai essential oil yang Jannah share ini memberikan ilmu baru yang bermanfaat buat kita semua.


Jangan lupa, nak info lanjut atau nak beli produk Tasneem Naturel, boleh contact Jannah. KLIK SINI saja untuk terus Whatsapp Jannah. Mudah saja :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Siapa yang boleh guna balm Tasneem Naturel?
Balm TN boleh dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari bayi newborn hingga orang dewasa.


Newborn boleh guna ke?
Boleh puan. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah di dilute dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk newborn. Banyak juga feedback ibu dalam pantang kami terima.


Newborn boleh guna balm Tasneem Naturel. Bagaimana pula dengan bayi pramatang? 
Kami tidak menyarankan kepada bayi pra-matang. (Kelahiran di bawah 37 minggu), kerana hati (organ) si kecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi, kita khuatir ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.




Newborn saya jaundice. Boleh guna balm Tasneem Naturel?
Kami sarankan puan ikhtiar dengan T-Rub. T-Rub membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat di-nyah-kan. Kami telah dapat feedback kuning cepat turun dengan T-Rub. Namun begitu, kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.



Balm ini panas tak?
Balm ini tidak panas.



Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
Balm sahaja 18g. Termasuk bekas 80g. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.


Balm ada expired date?
1 tahun selepas buka, 2 tahun jika belum dibuka



Sijil KKM ada tak?
Kelima-lima balm TN telah mendapat pengesahan dari KKM.
Sleep: NOT 170403429 K
Calm: NOT 170401988 K
CF-Rub: NOT 170402785 K
T-Rub: NOT 170402673 K
Skeenz: NOT 108405139 K



Ibu mengandung boleh guna?
Boleh. Ramuan balm Tasneem Naturel TIADA bahan yang bahaya untuk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandung.


Sleep Time tu kalau ikut pada cara penggunaan ada sapu di tapak kaki. Kalau sapu sebelah tapak kaki apa jadi? 
Tapak kaki ada saraf yang direct terus pada organ tertentu. Jadi, kurang berkesan kalau sapu sebelah sahaja.


Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
Balm Tasneem Naturel mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.


Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
Cara simpan pada suhu bilik biasa. Jangan biarkan terdedah kepada cahaya matahari atau suhu yang panas (seperti tepi tingkap atau dalam kenderaan pada tempoh yang lama dan panas)


Sejauh mana berapa lama ketahanan Calm Time dan Sleep Time berfungsi pada bayi?
Balm ini BUKAN ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya. Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk healing, rileks-kan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.




Kenapa lepas saya guna CF-Rub anak jadi kerap  muntah? Selesema pun asyik meleleh je?
Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-Rub balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut. Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.


Kenapa Sleep balm tak boleh sapu banyak?
Dalam Sleep Balm ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar. Biasanya anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih 


Balm ini boleh guna serentak ke?
Boleh guna serentak. Bagi balm yang tempat sapunya sama, boleh sapu salah satu sahaja.


Anak g6pd boleh guna?
Boleh. Ia tidak mendatangkan bahaya.


 Anak ekzema boleh guna?
Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pd individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengannya.
Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.


Bayi saya naik ruam selepas sapu CF-Rub. Sapu balm lain tiada masalah. Anak 3 tahun sapu CF-Rub tiada naik ruam pula. Kenapa ya? 
Bayi puan kemungkinan alergi dengan eucalyptus yg ada dalam CF-Rub. Ada sesetengah kulit bayi tidak serasi dengannya. Kami dalam perancangan buat test dermatology untuk mengatasinya.


Anak saya ada alergi. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
Cuba test sapu di pelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu seperti yang disarankan.


Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai balm-balm Tasneem Naturel, anda boleh hubungi Jannah. InsyaAllah, Jannah akan bantu. 

www.wasap.my/60199110868/
Jannah Bahari
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tak kenal maka tak cinta. Begitulah perumpamaan yang sentiasa digunapakai sebagai bukti bahawa mengenali sesorang atau sesuatu produk terlebih dahulu akan perlahan-lahan menghadirkan rasa cinta untuk terus mengenali dan menggunakan produk tersebut.

Oleh itu, izinkan Jannah kongsikan dengan korang tentang Pengenalan dan Sejarah Tasneem Naturel agar dapat menambahkan lagi rasa kecintaan dan keyakinan kepada produk-produk keluaran Tasneem Naturel.

Balm Tasneem Naturel mula beroperasi pada bulan November 2016. Jadi produk ini telah berada di pasaran hampir 4 tahun pada tahun ini (2020). Genap setahun beroperasi iaitu pada November 2017, jualannya telah mencecah melebihi 50k unit balm. Alhamdulillah. Maksudnya apa? Maksudnya wujud permintaan yang tinggi.
Pada awalnya, balm ini asalnya "homemade". Dibuat dan 'dimasak' sendiri oleh Founder Tasneem Naturel dirumah beliau sendiri. Sekarang, demi memenuhi permintaan pasaran yang makin tinggi, ianya sudah dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan lebih lebih terjamin dari sudut kebersihan.
Sejarahnya lagi, balm ini dibuat atas permintaan seorang ibu yang meminta cadangan bagaimana nak atasi masalah anak suka mengamuk. Kalian pun mesti ada masalah anak yang sama kan? Kita faham, anak mengamuk/tantrum ada banyak faktor, antaranya;
• Tak cukup tidur
• Perut tak selesa
• Hidung tersumbat
• Panas
• Penat & letih bermain
• Masalah kulit, dan lain-lain
Jadi, Tasneem Naturel bantu sediakan solusi dengan menggunakan essential oils sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini. Basically, penggunaan essential oils inshaAllah dapat bantu menstabilkan hormon anak yang meragam.
Tasneem Naturel mengambil inisiatif untuk mengeluarkan solusi ini dalam bentuk 'balm' supaya para ibu mudah sapukan pada anak, mudah dibawa dan juga harga mampu milik. Sebabnya jika guna EO yang asal, kita kena dilute sendiri/DIY sendiri 2-3 jenis EO, baru ia dapat berfungsi dengan baik apabila dititiskan ke dalam diffuser. Itu baru kalau guna diffuser. Bukan balm ya.
Tapi di Tasneem Naturel, kita dah campurkan 6-7 jenis EO dalam satu-satu jenis balm. Banyak kan? Jadi ibu-ibu tak perlu susah-susah buka "lab" sendiri di rumah. Tambahan pula, ianya lebih menjimatkan. Bayangkan kalau ibu-ibu buat sendiri balm dari EO, berapa kos agaknya nak kena keluarkan untuk beli 6-7 jenis EO?
Maka, inilah permulaannya. Selepas itu baru dikeluarkan 3 lagi jenis balm yang berbeza fungsinya tetapi ia adalah masalah tipikal anak-anak kecil. Maksudnya balm ini bukan lagi satu kehendak, tetapi ia sudah menjadi KEPERLUAN ibu-ibu diluar sana. Gambar di bawah ialah packaging semasa kerjasama dengan Omar Hana. Comel jer kan?
Kini ada 5 jenis balm dan produk-produk lain yang akan Jannah kongsikan dalam entry yang akan datang. Begitulah secara ringkasnya pengenalan dan sejarah Tasneem Naturel.
Semoga Tasneem Naturel akan terus dapat membantu ibu bapa dalam menyelesaikan masalah berkaitan penjagaan kesihatan bayi dan anak-anak dengan produk-produk natural yang selamat, berkesan dan pada harga yang sangat berpatutan.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Search This Blog

About Me

About Me

Jannah Bahari


* Naura House *

Follow Me

  • facebook
  • instagram

recent posts

Popular Posts

  • BIZNES TRIP DI TEMERLOH & KUANTAN PAHANG
    Minggu ni Jannah akan berada di sekitar Temerloh dan Kuantan Ada sesiapa yang nak try PREMIUM BEAUTIFUL for FREE let me know... :-) FREE ...
  • Makanan Yang Aktifkan Cyst
    MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.. ========================== ======= Makanan yang perlu dielakkan: 1.) Soya dan evening primrose. Soya dan ...
  • LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL - TEMERLOH PAHANG
    Fungsi dan Keistimewaan Long Bra  ‪#‎ Premiumbeautiful‬  Nak tahu baca sampai habis erk. 1) Mengelakkan bengkak susu. Tak perlu n...
  • MENYESAL MAKAN MAHARANI
    Menyesal Makan Herba Maharani ni . Memang menyesal makan Maharani ni sekarang...Kalau tau, makan dari dulu lagi...Hubby asyik komplen...
  • BERPANTANG LAGI!!!
    Kenapa mummy lepas berpantang baru sibuk nak pakai #PremiumBeautiful ni..? Ni mesti kes tak boleh terima sebab setiap hari bangun tengok c...

Blog Archive

Categories

  • agent kuantan
  • agent temerloh
  • anak sembelit
  • Balm Tasneem Naturel
  • Balmbaby
  • balmtasneem
  • barang baby
  • barang baby murah
  • Dropship Agent
  • Essential Oil
  • Garlic Tablet
  • Herba Maharani
  • jomtambahpendapatan
  • MIN KAFFE
  • MineralCoffee
  • omarhana
  • Tasneem Naturel Info
  • Tasneem Naturel Mentakab
  • Tasneem Naturel Temerloh
  • TasneemNaturelPahang

Created with by ThemeXpose