Ejen Tasneem Naturel Temerloh & Mentakab, Pahang

by - 08:30


Kita masih lagi dalam bulan Syawal dan PKP. Entah sampai bila PKP akan diteruskan dan entah sampai bila wabak Covid-19 akan berakhir. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah, agar di angkat musibah Covid-19 dari muka bumi ini, dan kita semua dapat kembali hidup seperti dulu. Rindu sangat, kan nak jalani hidup yang normal macam dulu. 


Tapi apa berlaku ada hikmahnya. Barulah kita benar-benar hargai dan bersyukur nikmat kebebasan, kesihatan dan hidup tanpa rasa ketakutan pada virus yang kita tak nampak nak lihat. Makhluk ciptaan Allah yang tak nampak dek mata boleh merubah norma kehidupan di seluruh dunia. Kun Faya Kun.  Jika DIA berkata jadi, maka jadilah! Semuanya dengan izin dan kuasa Allah jua. Siapalah kita untuk menidakkan kekuasaanNya itu. Subhanallah. Terasa kerdilnya kita ni. Sikit pun takder daya upaya kita melainkan dengan izinNya jua. 


Oleh itu, buat masa ini dan sehinggalah segalanya kembali seperti dulu, kita perlu teruskan kehidupan dengan New Norm. Kita kena sesuaikan diri dan jadikan rutin menjaga kebersihan terutamanya mencuci tangan, menjaga jarak dan mengelakkan berada di tempat yang sesak. Inilah cara dan pilihan yang kita ada dan wajib ikut. Kita kena taat pada pemimpin kerana apa yang mereka putuskan adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara kita. Jangan nakal-nakal dan degil-degil nak langgar arahan PKP. Kesannya bukan saja pada diri sendiri, tapi pada orang lain juga. #KitaJagaKita




Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana ibu bapa di sekitar Temerloh & Mentakab, Pahang nak dapatkan produk Tasneem Naturel dengan segera, kalau boleh taknak secara pos, dalam keadaan PKP?


Okey, bagi korang yang berada di sekitar Temerloh & Mentakab, Pahang, korang jangan risau jika nak dapatkan produk-produk Tasneem Naturel walaupun di musim Syawal dan PKP... dan sampai bila-bila pun, InsyaAllah. Korang yang di sekitar Temerloh boleh dapatkan daripada Jannah secara COD!


Just contact jer Jannah, bagitau nak beli produk Tasneem yang mana. InsyaAllah, Jannah sentiasa sediakan stok kat rumah bagi memudahkan sesiapa saja yang perlukan produk Tasneem Naturel dengan segera.


Ye lah, sebagai ibu, Jannah faham sangat bila kita tiba-tiba perlukan produk untuk anak-anak. Dan-dan kalau boleh masa tu jugak kita nak kena beli dan dapatkan sebab urgent nak guna. Kalau tunggu pos, ambik masa beberapa hari. Lagi-lagi musim PKP ni, punyalah lama nak kena tunggu kan. Jadi, inilah salah satu cara untuk Jannah bantu ibu bapa di sekitar Temerloh, Pahang yang perlukan produk-produk Tasneem secara COD. Cepat, tepat dan semestinya trusted ejen. 


Kat poster ni Jannah dah tulis siap-siap info macam mana nak contact Jannah. Boleh save no hp Jannah, nanti senang korang nak call, whatsapp atau telegram kat Jannah. Nak contact kat Page atau FB personal pun boleh. Mana-mana cara jer yang mudah bagi korang untuk contact Jannah, silakan guna. Jannah ok jer!


Ini antara produk Tasneem Naturel yang Jannah COD pada customer di area Temerloh & Mentakab, Pahang. InsyaAllah, Jannah bukan saja jual produk namun Jannah berikan after sale servis untuk semua customer Jannah. Jannah akan guide cara penggunaan semua produk Tasneem yang korang beli. Jannah juga akan follow up macam mana dengan kesan penggunaan produk Tasneem. Ye lah, follow up ni bukan bermaksud seller ni busy body tau, jangan la salah faham hihi. 


Sebenarnya, follow up sangat penting sebagai sebahagian daripada after sale servis atau consultation yang akan diberikan pada customer. Produk baby ni lagi la kena guna dengan cara yang betul. Jadi, sebagai ejen Tasneem Naturel bertauliah dan benar-benar faham dan ada ilmu tentang produk, InsyaAllah Jannah akan berikan consultation yang terbaik untuk customer Jannah.



Oh ya, yang jauh dari Temerloh & Mentakab, janganlah berjauh hati tau. Mungkin jika pada masa yang sesuai, korang yang disekitar luar Temerloh pun boleh beli produk Tasneem Naturel secara COD jika kebetulan Jannah ke kawasan tersebut. Jannah kan sentiasa ada stok kat tangan dan di rumah, jadi takder masalah. Kita boleh kautim sampai jadi. 

Dan, Jannah juga buat penghantaran melalui postage untuk yang berada di lain-lain kawasan dan negeri. Jangan risau, cepat atau lambat sikit pun, Jannah akan bantu korang dapatkan produk Tasneem Naturel. 


Itu ajer untuk kalini. Jangan lupa Whatsaapp Jannah, boleh terus tekan SINI

You May Also Like

1 comments

  1. Balm Selsema Batuk Hot Balm !!!!

    Dropship Diperlukan

    Agent Mentakab,
    Agent Temerloh

    ReplyDelete