Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • INFO BALM
  • BALM
    • CALM TIME
    • SLEEP TIME
    • T-RUB
    • CF-RUB
    • SKEENZ
  • SLEEP MIST
  • BUSINESS
  • Contact Me
facebook instagram

Jannah Bahari

07 APRIL 2015....
AMMAR FAATEH  genap 1 Tahun... Alhamdulilah permata ibu dah setahun, sekejapnye masa berlalu... Anak membesar dengan sihat dan pintar, bermacam2 ragam Ammar Faateh tunjuk pada ibu dan ayah... Kami bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan padaku Ya Allah...

 
 Waktu Ammar dalam perut ibu.. Ammar malu-malu nak tunjuk muka time doctor scan ibu...

 Ammar dah keluar dari perut ibu... Alhamdulilah, bau wangi syurga


Ammar kena masuk wad sebab suhu badan Ammar tinggi, Ammar demam... Demam kuning Ammar sikit je tapi doctor suruh Ammar duduk bawah lampu jugak... :-(



Suka Ammar dapat balik rumah... Malam je ajak ibu borak-borak dengan die...


 Time ni Kenduri Aqiqah Ammar


Time ni pulak ibu baru 46hari kira dah lepas 44hari berpantang.... heheh.. Ammar dan ibu nak hantar ayah pergi airport... Ayah nak pergi Umrah... Ammar tak meragam sangat sebab ayah kat sane sentiase doakan kami kat sini... Alhamdulilah...

Yeahhhh.... Ammar 1st time duduk... sukanye ibu Ammar dah start duduk time ni...

 Saya suka mandi...Budak suka mandi ni...

AMMAR FAATEH SETAHUN... Alhamdulilah


 Ammar Faateh dah 1 Tahun

 Umar pun suka dengan kek Ammar

Ammar colek2 kek die..

Alhamdulilah selesai Majlis Doa Selamat Ammar... Ibu sentiasa doakan anak ibu sihat, dilindungi dan menjadi anak yang soleh cemerlang dunia dan akhirat... Aaminn...





Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum... 

Moga-moga hari ni dan hari-hari seterusnya dilimpahi rezeki dari Allah SWT
#JawatanKosong

Saya memerlukan Biznes partner perempuan untuk follow saya pergi berniaga,ukur customer,dan fittingkan customer...

income???u olls nak berapa??saya akan bantu dan tunjukkan cara untuk dapatkan berapa income yang u olls nak tu...Tapiiii kalau nak income besar,usaha dan commitment pun besar la ya...Sebab saya memang nak ajar yang betul-betul serius sahaja.. :-)

*ini perniagaan ya..bukan skim cepat kaya,nak kaya memang kena berniaga... :-)
 9/10 REZEKI DATANG DARIPADA BERNIAGA

#usahawanpremiumbeautiful #usahawanjutawan #usahawanonline #topleaderscircle #tlc #protegeIconSohonitaMalaysia #salhazainprotege #CdmAzlanDeramanProtege #topagentpahang
 Jannah 019-9110868



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Gemuk???

 Apa yang anda tahu tentang gemuk?

Kita akan dikategorikan dalam keadaan gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. Sangat-sangat tak best bila dengar perkataan gemuk tu kan? Stress sangat rasanya kalau orang panggil kita dengan panggilan macam tu.

Okay….. Sekarang, jangan sedih-sedih lagi. Sebelum kita nak kuruskan badan dan buang lemak-lemak yang ada kat badan kita ni, kita kena tahu, jenis-jenis gemuk yang ada. Dan kita ni dalam kategori gemuk yang mana satu. Bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. 

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dalam bentuk lemak.

Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis :-

1- Jenis Gemuk Air

Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelebeh dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air. Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

2- Jenis Gemuk Angin

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya. Pakai Premium Beautiful cepat nampak shape badan...

3- Jenis Gemuk Lemak

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear
Bentuk Epal vs. Bentuk Pear

4- Jenis Gemuk Daging

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab. Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InshaAllah berkesan.

Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil dalam usaha untuk mengurangkan berat dan semestinya untuk mengurangkan ukuran inci di badan. Apa pun jenis gemuk anda, berusahalah sebaik mungkin untuk mengurangkan kegemukan badan kita. 

In Sha Allah ada caranya untuk kita kurangkan kegemukan...

Mencegah lebih baik daripada Merawat kawan-kawan

Love,
Jannah 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Keputihan adalah lendir berwarna putih yang keluar daripada faraj yang merupakan masalah yang sering dihadapi oleh wanita.. 

Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin menghadapi masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual.. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas untuk membezakan keputihan semula jadi atau penyakit keputihan..

Faktor Penyakit keputihan

**Faktor kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita perlu dijaga dengan baik agar tiada jangkitan berlaku..
Bersihkan bahagian sulit dengan air bersih dan pastikan ia kering selepas membuang air kecil. kelembapan akan menggalakkan pembiakan bakteria.

**Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon boleh menyebabkan penyakit keputihan...Rembesan hormon estrogen bagi Hormon wanita hamil, pengambilan ubat, wanita yang mengalami tekanan atau gangguan emosi, pengambilan pil perancang keluarga..

**Faktor Gaya Hidup/ Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan kerana kandungan gula yang tinggi..



** info daripada myhealth

Usaha yang dapat saya bantu dengan pemakaian Premium Beautiful... 



More Info boleh Contact :-

Jannah
019-9110868
hanajannah87@gmail.com




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Mesti tak sabar nak pergi melancongkan.. Teruja nak pergi tempat orang or negara orang.. tapi jangan lupa barang2 yang penting tau.. Perancangan sebelum travel sangat penting.. Ada yang suka planning dulu ada yang suka just go, nanti baru planning... Macam2 style ade kn.. Jom kita tengok barang mane yang penting :-

Passport  :-
Passport Buku Merah tu..Jangan lupa bawak kalu melancong ke luar negara.. kalau melancong dalam Malaysia IC je pun dah cukup.. Kalau rajin lagi buat la salinan, mane la tau barang kita hilang ke kan...



 Wang Tunai :-
Bawa wang yang mencukupi.. Jangan lupa tukar duit sebelum kita melawati negara lain.. Ikut matawang negara tersebut. Bawa sikit la ke airport mane tahu nak makan ke kan... 


Keperluan Diri :-
Biasanye perempuan yang banyak sangat barangnye... Keperluan asas yang perlu bawa, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, body wash, shampoo, deodorant.. Kalau bercuti kat tempat panas bawa la sunblock.. selain tu, lip balm, tisu, perfume.. Korang bawa yang travel pack je.. kan senang..




Pakaian :-
Sediakan pakaian yang sesuai dengan tempat yang dilawati.. Kalau sejuk bawa la sweater.. Baju, Jeans, Kasut, selipar, dll.

 
International Adapter :-
Yes, ni penting jugak ni.. Kalau tak macam mane kita nak cas handphone kan..Kalau tak pasti negara yang kita nak lawati plug die macam mana.. Jalan selamat kita bawa je..


Kesihatan:-
Yup.. Ni pun penting.. Bagi yang ada masalah kesihatan seperti lelah, alergi dan sebagainya.. Perlu bawa peralatan dan ubat-ubatan yang secukupnya.. Contohnye, mini First-aid kit, panadol, inhaler,or pain killer..


Buku Note :-
Mana tahu bila kite travel dapat idea kan.. Boleh catat tempat yang kita pergi, kira perbelanjaan supaya kita tak terlebih bajet..


Payung :-
Perlu juga ni kan.. Mane la tahu tempat kita nak pergi tu hujan, gerimis ke kan.. Bawa Payung kecik dan comel je..




Sampai di sini saja.. nanti Jannah post lagi ye.. tunggu entry yang seterusnya.. Bye..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sedapnye jeruk asam boi ni... Siapa pernah makan Jeruk Asam Boi ni??? Sekrang ni Jeruk Asam Boi ni tengah HOT kat FB.. Ramai betul yang jual jeruk ni.. Siapa2 yang malas buat boleh beli je. kalau yang tengah rajin tu boleh la buat sendiri.. 




Bahan-bahan die senang je.. Kalau buat sendiri lagi sedap kan.. ummm yummy... Banyak la gambar kat FB buat orang ramai kecur air liur.. hihih..  Termasuk la Jannah.. 


Bahan-Bahan :-

4 Biji Mangga Muda 
1 Paket Asam Boi
10 Sudu gula
5 biji Cili Api
Secubit Garam


Cara-caranya:-

Kupas mangga dan potong ikut suka...
Masukkan gula n gaul,
Masukkan asam boi, cili api dan garam, gaul hingga sebati
Dah siap gaul, boleh la letak dalam peti 4-5 jam..

** kalau tak sabar sangat nak makan masukkan kejap je dalam peti dan boleh la makan.. makan de rase sejuk memang sedap kan3x...


Ok siap.. Mudah kan... Daaa






Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Adakah pemakaian Premium Beautiful akan mengganggu peredaran darah dan kesihatan seseorang? Adakah ia akan mengakibatkan perubahan bentuk badan?


Tidak. Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini diperbuat daripada fabrik semula jadi seperti fiber, nilon, tetron serta fabrik lain dan disulami dengan cahaya infra merah jarak jauh (far infrared ray) yang direka khas berdasarkan kajian dari bidang ergonomi. Ia menggalakkan peredaran darah dan kadar metabolisme badan. Selain itu, fabriknya mempunyai kuasa penyerapan yang baik, telap udara dan sesuai untuk pemakaian seharian. Pemakaian Premium Beautiful tidak akan menjejaskan kesihatan dan peredaran darah seseorang, malah pemakaian untuk jangka masa panjang dapat menghasilkan kontur badan yang menarik.




Adakah pemakaian Premium Beautiful akan menyebabkan badan berasa panas?
 
Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful ini dihasilkan melalui teknologi tinggi yang menggunakan fabrik semula jadi seperti fiber, nilon dan tetron yang mempunyai kuasa penyerapan yang baik dan telap udara. Maka, pemakaian Premium Beautiful pada hari panas tidak akan menyebabkan badan berasa panas, malah anda akan berasa selesa di samping memiliki bentuk badan yang menarik.

 

Sekiranya kita ingin memakainya selepas bersalin, bilakah masa yang sesuai untuk mendapatkan ukuran badan?
 
Anda dicadangkan supaya membuat ukuran badan pada bulan ke-6 hingga 7 semasa mengandung kerana selepas bersalin, walaupun bentuk badan belum pulih kepada bentuk asal, namun ia adalah lebih kurang sama dengan bentuk badan semasa anda mengandung pada bulan ke-6 hingga 7. Maka, perbezaan ukuran badan adalah tidak besar. Bagi mereka yang mengandung lebih daripada 8 bulan, anda boleh membuat ukuran badan pada hari ke-3 selepas bersalin. Selain itu, bagi mereka yang melahirkan bayi secara normal, Premium Beautiful boleh dipakai selepas 7-10 hari selepas bersalin. Manakala, bagi mereka yang melahirkan bayi melalui pembedahan, ia hanya boleh dipakai kira-kira selepas 10-14 hari selepas bersalin. Masa keemasan bagi wanita selepas bersalin untuk menguruskan badan adalah dalam masa enam bulan pertama. Mereka yang memakainya lebih awal akan memperolehi kesan baik dalam masa singkat. Ia bukan sahaja dapat membantu memulihkan bentuk badan, malah turut dapat mengembalikan organ dalaman rahim ke tempat asal.

 

Berapa lamakah kita akan melihat hasilnya?
 
Pemakaian pakaian dalam pembentukan badan ini merupakan satu proses yang konsisten. Biasanya, kita akan melihat hasil sejurus selepas memakainya. Namun, sekiranya anda ingin mengekalkan bentuk badan, anda perlu memakainya secara konsisten selama 1-6 bulan berdasarkan keadaan badan anda. Pada bulan pertama, lemak akan mula beralih. 3 bulan kemudian, lemak akan beralih ke tempat asalnya dan 6 bulan kemudian, lemak akan kekal di tempat asal. Bagi mereka yang mula-mula memakai Premium Beautiful, mereka mudah berasa ketat dan tidak selesa di mana hari pertama hingga hari ke-15 merupakan tempoh penyesuaian. Selepas melalui tempoh tersebut, anda akan berasa semakin selesa. 




Adakah pemakaian Premium Beautiful dapat membantu masalah payudara yang kendur dan menggelebeh?
 
Payudara yang melendut mungkin disebabkan oleh kelonggaran di bahagian otot dada dan pinggang di mana ia merupakan masalah yang paling umum bagi kebanyakan kaum wanita yang telah bersalin. Premium Beautiful yang direka khas ini mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul. Selain itu, ia juga dapat menyelaras bahagian perut yang menonjol, meningkatkan garis payudara serta mengelakkan masalah payudara yang kendur dan menggelebeh.








Adakah Premium Beautiful tidak dapat menampung payudara yang terlalu besar dan menyebabkannya melimpah keluar?
 
Premium Beautiful mempunyai 3 keping jahitan cawan coli berstereoskopik, rawan keluli dan reka bentuk yang berkuasa mampatan dan tegangan di bahagian depan yang dapat menampung payudara agar ia tidak jatuh dan menumpukannya kepada kedudukan yang betul serta menegak dan mengukuhkan kedudukan payudara. Maka, ia dapat menampung payudara yang besar sepenuhnya.



Adakah masalah payudara yang kendur dapat diperbaiki dengan memakai Premium Beautiful? Ada orang mengatakan bahawa dengan memakai Premium Beautiful, payudara akan menjadi besar? Adakah ia benar?
 
Saiz payudara mungkin akan berubah berpandukan kepada keadaan fisiologi seseorang. Namun sekiranya kita memakai pakaian dalam yang baik seperti Premium Beautiful dalam jangka masa yang panjang, ia dapat memperbaiki masalah payudara yang kendur dan menggelebeh, seterusnya membentuk kontur badan yang menarik.

 

Bilakah Long Brassiere Premium Beautiful sesuai dipakai? Apakah tempat yang sesuai untuk memakainya?
 
Anda akan memperolehi kesan yang terbaik sekiranya anda memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari. Apabila bentuk badan sudah dikekalkan, anda boleh memakai Long Brassiere Premium Beautiful bersama-sama dengan singlet, skirt atau seluar pendek mengikut kehendak anda. Namun, sekiranya anda tidak dapat memakai Long Brassiere Premium Beautiful setiap hari, anda boleh memilih untuk memakainya bila-bila masa sahaja misalnya semasa anda menghadiri majlis perkahwinan atau majlis makan malam. Ia dapat menonjolkan bentuk badan yang langsing dan menarik.

 

Mengapakah kita perlu memakai brassiere Premium Beautiful? Bolehkah kita hanya memakai long girdle?
Lemak mudah terbentuk di bahagian bawah punggung serta bahagian dalam dan luar paha. Sekiranya kita mengabaikan bahagian-bahagian ini, lama-kelamaan lemak akan terbentuk. Jika anda hanya memakai long girdle untuk jangka masa panjang, lemak mudah terbentuk di bahagian perut dan paha luar , maka kontur badan akan menjadi tidak menarik.

 

Adakah long brassiere harus dipakai bersama dengan long girdle dan waist nipper?
 
Long brassiere dan long girdle Premium Beautiful merupakan pakaian dalam pembentukan badan yang berfungsi untuk menyelaraskan kontur-kontur di bahagian dada, pinggang, perut, pinggul, paha dan keseluruhan badan. Bagi waist nipper pula, ia dapat menyelaraskan kontur dada dan perut, meningkatkan kedudukan dada dan menjadikannya lebih berisi serta memperbaiki postur seseorang. Semasa anda memakai pakaian yang ketat, waist nipper diperlukan untuk memenuhi ruang antara brassiere dan long girdle untuk membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya memperbetulkan postur badan. Maka, mereka yang memakai long brassiere, waist nipper dan long girdle pada masa yang sama dapat membentuk kontur badan yang menarik.











Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Setiap satu daripadanya terselit karakter berlainan dan mari kita kaji mana satukah antaranya ada kaitan dengan diri sendiri Kajian yang dijalankan oleh ahli Psikologi dan Kesihatan Mental terkenal Los Angeles, Dr Ramani Dursuvula terhadap 1,000 penggemar kopi mendapati mereka yang gemar mengambil minuman ini mempunyai sikap dan personaliti yang hampir serupa dengan jenis kopi sama.


Kopi jenis latte lebih ringan rasanya kerana dicampurkan dengan krim atau susu. Bau kopi yang kurang pekat ini dikaitkan dengan individu yang suka membantu orang lain walaupun situasi itu akan menyusahkan dirinya. Kepada mereka yang sukakan kopi ‘tanpa kafein’ pula mempunyai personaliti obses terhadap sesuatu yang digemari tidak kiralah jenama atau idola.

Presso

Kajian mendapati bagi penggemar kopi jenis espresso, mereka dipercayai memiliki karakter peramah dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Dipercayai, seorang penggemar kopi jenis ini berpewatakan setia dan ia adalah istimewa kerana personaliti itu sukar ditemui pada zaman sekarang.


Cappucino

Pengemar kopi jenis capuccino biasanya dilihat sebagai seseorang individu yang baik hati. Namun begitu, anda juga gemarkan semua benda dalam keadaan sempurna, bak kata orang ‘perfectionist’ atau individu yang penting kesempuranaan dalam semua hal. Karakter ini boleh membawa masalah jika keadaan tidak seperti diharapkan.


Kopi ‘O’

Mungkin kopi jenis ini boleh dikatakan minuman biasa ramai orang. Mudah didapati di mana saja selain rasa yang kuat buatkan ada yang menggilainya sejak pertama kali mencuba. Bagi anda yang sukakan kopi ‘O’, dikatakan jenis yang suka kekalkan semua situasi dalam keadaan mudah. Selain itu, anda juga dipercayai penyabar, namun tidak suka membuat perubahan baru. Ada juga pegemar kopi ‘O’ pendiam dan suka bersendirian.


Frappuccino

Kepada mereka yang suka minum minuman air kisar (ice blanded), anda dikatakan seorang penetap fesyen (trendsetter) dan pastinya suka mencuba pelbagai benda baru. Dari segi kehidupan sosial, anda dikenali ramai tapi kadangkala suka bertindak melulu.


Kopi 3 dalam 1

Pengemar kopi segera dikategorikan sebagai seseorang yang paling sempoi dan terlalu bersahaja sehingga mengabaikan kerja. Ada pula sikap anda yang kurang mahir dalam melaksanakan rancangan yang telah direncanakan.

Jadi, selepas meneliti kajian ini, mana satukah kategori anda?
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Makanan adalah suatu keperluan harian yang harus dipenuhi. Tanpa makanan, mana mungkin kita dapat hidup. Kini, terdapat pula kes di mana makanan yang diambil boleh menjadikan kita kurang produktif. Makan yang tidak berkhasiat akan menjadi kita kurang bermaya, mudah mengantuk dan kurang peka. Bagi generasi muda yang bekerja di pejabat, pastinya kesan itu lebih nyata dalam memberikan impak negatif pada prestasi kerja anda. Punca utama mengapa remaja kini kurang peka dalam pengambilan makanan ialah tiada percaturan yang teliti ketika memilih jenis makanan yang seimbang. Lagipun, asalkan perut kenyang sudahpun memadai.



Tidak bermaya

Orang dulu menyarankan kita makan lebih banyak daripada biasa kalau nak jadi kuat dan bertenaga. Tapi orang dulu melakukan pekerjaan yang menggunakan tenaga yang banyak seperti membanting tulang di sawah, kebun atau mengerah keringat sebagai buruh.





Namun, lain pula sekarang di bandar  terutamanya, remaja lebih gemar pekerjaan yang santai di pejabat.. Melakukan pekerjaan yang tidak mengeluarkan peluh.. Dengan pengambilan kuantiti nasi yang banyak, itu sebenarnya menjadikan kita lebih mengantuk. Selain itu, LEMAK akan terHASIL...

Buktinya, makanan seperti nasi tergolong dalam karbohidrat dengan sifat ‘glycemic’ tinggi yang bermaksud makanan mudah hadam. Ia merangsang pengeluaran hormon serotonin iaitu hormon yang meningkatkan rasa mengantuk. Pengambilan nasi yang banyak mempercepatkan lagi proses ini.

Untuk pengetahuan, makanan yang BERLEMAK memerlukan masa yang lama untuk hadam dalam perut. Justeru, sistem pencernaan memerlukan lebih banyak komposisi darah untuk memastikan proses penghadaman lemak berfungsi dengan baik. Makanan yang mengandungi keju, cip kentang dan nasi lemak menyebabkan badan menjadi lemah dan tidak bermaya kerana proses penghadamannya lebih lama daripada biasa.




Bahaya minuman tenaga

Bagi anda yang gemar bersenam, pasti kerap kali mengambil minuman tenaga untuk meningkatkan stamina. Bagaimanapun realitinya, kebanyakan minuman tenaga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Justeru, pengambilan gula yang berlebihan daripada kadar diperlukan adalah suatu tindakan merugikan diri sendiri. Ini kerana apabila paras gula dalam darah meningkat, paras insulin juga akan turut meningkat.

Langkah ini juga menyebabkan hormon serotonin dihasilkan dengan kadar lebih cepat daripada biasa seterusnya mengakibatkan rasa mengantuk. Mengambil terlalu banyak minuman tenaga bukan menjadikan kita lebih cergas sebaliknya kita mudah lesu dan mengantuk.


Atasi Masalah

Mengamalkan pengambilan nasi dalam kuantiti sedikit dan dicampur dengan lauk-pauk yang lain serta sayuran. Pemakanan yang seimbang bukan saja mencukupkan kehendak kalori harian tapi juga tidak memberikan kesan sampingan negatif yang boleh menjejaskan prestasi kerja seperti rasa mengantuk.



Bukan itu saja, anda juga perlu bijak mengambil sarapan harian yang mengandungi serat penting tapi pada masa sama, elakkan makanan yang mengandungi lemak. Jika sebelum ini gemar mengambil nasi lemak pada sebelah pagi, apa kata gantikan ia dengan sandwich segera. Bukan saja mudah disediakan tapi juga menyelamatkan anda daripada risiko rasa mengantuk dan tidak bermaya di pejabat.



Banyakkan minum air kosong yang boleh membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan lebih baik. 



Jika penggemar Coffee boleh amalkan minum Mineral Coffee dengan aroma Kopi Robusta dan Garam Buluh bagi menghasilkan minuman yang kopi yang enak dan kaya dengan garam mineral  yang diperlukan badan...

Mineral Coffee dapat :-

# memberi tenaga sepanjang hari
# menghilangkan rasa keletihan badan 
# mengurangkan masalah gastrik
# mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain
# menghilangkan rasa mengantuk
# melancarkan sistem penghadaman
# garam buluh bagi merawat sakit darah tinggi, kencing manis, dll....



Makanan yang berlemak akan meningkatkan risiko penyakit jantung...  ELAK lemak di PINGGANG, kebanyakkan wanita mempunyai bentuk badan 'Buah Pear' , pengumpulan lemak banyak di peha dan pinggul.. Perempuan lebih sensitif terhadap penampilan akan mengekalkan bentuk badan. 

Semakin peningkatan usia, lemak akan berkumpul di bahagian lengan, pinggang, peha dan pinggul..
Dengan adanya PREMIUM BEAUTIFUL  lemak-lemak di badan dapat disinggirkan.. Dengan bantuan Premium Beautiful juga lemak di badan dapat dialihkan ke tempat yang sepatutnya....



Cara yang MUDAH, SENANG & JIMAT


 Jannah

019-9110868

hanajannah87@gmail.com



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

#throwback

Jannah tak join pun diorang pergi Melaka.. Abah ajak pergi Melaka sebab nak pergi kenduri kawen anak kawan abah.. Katenye abah kawan lama tak jumpe... 30tahun tak jumpe, kawan sekolah agaknya..

Ammar and Amni berjalan jauh diorang.. Nasib baik Ammar and Amni ni suka tido dalam kereta.. So dalam perjalanan ke Melaka diorang tido je banyaknya.. hehe..




Ammar tengah rimas sebab die yak yak.. heheh.. Comey je tengah mengamuk pun..










Diorang menginap kat Hotel Quayside.... Cantik kan... View die sungai Melaka.. Malam cantik, banyak lampu2.. 




Ammar dengan Maksunye




Amni dengan Maksunye


 Jom kita layan gambar-gambar Ammar N Amni jalan-jalan













Jalan2 Melaka..  Atuk, Woo, Ammar & Amni naik beca.. Ammar pandang apa tu.. Ibu cakap apa NO...NO...NO.. pink sayang... hehehe.. suka Ammar tengak lampu2 tu...




Suka Ammar jalan2.. tapi naik stroler la ye..heheh.. tak larat atuk nak dukung Ammar, sekarang dah 6kg++ kan...


Ok la.. sampai sini jela kita tengok Ammar N Amni.. Nanti Jannah Update lagi cerite diorg lagi ye.. heheh


Salam Sayang
Jannah





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Search This Blog

About Me

About Me

Jannah Bahari


* Naura House *

Follow Me

  • facebook
  • instagram

recent posts

Popular Posts

  • BIZNES TRIP DI TEMERLOH & KUANTAN PAHANG
    Minggu ni Jannah akan berada di sekitar Temerloh dan Kuantan Ada sesiapa yang nak try PREMIUM BEAUTIFUL for FREE let me know... :-) FREE ...
  • Makanan Yang Aktifkan Cyst
    MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.. ========================== ======= Makanan yang perlu dielakkan: 1.) Soya dan evening primrose. Soya dan ...
  • LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL - TEMERLOH PAHANG
    Fungsi dan Keistimewaan Long Bra  ‪#‎ Premiumbeautiful‬  Nak tahu baca sampai habis erk. 1) Mengelakkan bengkak susu. Tak perlu n...
  • MENYESAL MAKAN MAHARANI
    Menyesal Makan Herba Maharani ni . Memang menyesal makan Maharani ni sekarang...Kalau tau, makan dari dulu lagi...Hubby asyik komplen...
  • BERPANTANG LAGI!!!
    Kenapa mummy lepas berpantang baru sibuk nak pakai #PremiumBeautiful ni..? Ni mesti kes tak boleh terima sebab setiap hari bangun tengok c...

Blog Archive

Categories

  • agent kuantan
  • agent temerloh
  • anak sembelit
  • Balm Tasneem Naturel
  • Balmbaby
  • balmtasneem
  • barang baby
  • barang baby murah
  • Dropship Agent
  • Essential Oil
  • Garlic Tablet
  • Herba Maharani
  • jomtambahpendapatan
  • MIN KAFFE
  • MineralCoffee
  • omarhana
  • Tasneem Naturel Info
  • Tasneem Naturel Mentakab
  • Tasneem Naturel Temerloh
  • TasneemNaturelPahang

Created with by ThemeXpose