Pengenalan dan Sejarah Tasneem Naturel

by - 08:30

Tak kenal maka tak cinta. Begitulah perumpamaan yang sentiasa digunapakai sebagai bukti bahawa mengenali sesorang atau sesuatu produk terlebih dahulu akan perlahan-lahan menghadirkan rasa cinta untuk terus mengenali dan menggunakan produk tersebut.

Oleh itu, izinkan Jannah kongsikan dengan korang tentang Pengenalan dan Sejarah Tasneem Naturel agar dapat menambahkan lagi rasa kecintaan dan keyakinan kepada produk-produk keluaran Tasneem Naturel.

Balm Tasneem Naturel mula beroperasi pada bulan November 2016. Jadi produk ini telah berada di pasaran hampir 4 tahun pada tahun ini (2020). Genap setahun beroperasi iaitu pada November 2017, jualannya telah mencecah melebihi 50k unit balm. Alhamdulillah. Maksudnya apa? Maksudnya wujud permintaan yang tinggi.
Pada awalnya, balm ini asalnya "homemade". Dibuat dan 'dimasak' sendiri oleh Founder Tasneem Naturel dirumah beliau sendiri. Sekarang, demi memenuhi permintaan pasaran yang makin tinggi, ianya sudah dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP dan lebih lebih terjamin dari sudut kebersihan.
Sejarahnya lagi, balm ini dibuat atas permintaan seorang ibu yang meminta cadangan bagaimana nak atasi masalah anak suka mengamuk. Kalian pun mesti ada masalah anak yang sama kan? Kita faham, anak mengamuk/tantrum ada banyak faktor, antaranya;
• Tak cukup tidur
• Perut tak selesa
• Hidung tersumbat
• Panas
• Penat & letih bermain
• Masalah kulit, dan lain-lain
Jadi, Tasneem Naturel bantu sediakan solusi dengan menggunakan essential oils sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini. Basically, penggunaan essential oils inshaAllah dapat bantu menstabilkan hormon anak yang meragam.
Tasneem Naturel mengambil inisiatif untuk mengeluarkan solusi ini dalam bentuk 'balm' supaya para ibu mudah sapukan pada anak, mudah dibawa dan juga harga mampu milik. Sebabnya jika guna EO yang asal, kita kena dilute sendiri/DIY sendiri 2-3 jenis EO, baru ia dapat berfungsi dengan baik apabila dititiskan ke dalam diffuser. Itu baru kalau guna diffuser. Bukan balm ya.
Tapi di Tasneem Naturel, kita dah campurkan 6-7 jenis EO dalam satu-satu jenis balm. Banyak kan? Jadi ibu-ibu tak perlu susah-susah buka "lab" sendiri di rumah. Tambahan pula, ianya lebih menjimatkan. Bayangkan kalau ibu-ibu buat sendiri balm dari EO, berapa kos agaknya nak kena keluarkan untuk beli 6-7 jenis EO?
Maka, inilah permulaannya. Selepas itu baru dikeluarkan 3 lagi jenis balm yang berbeza fungsinya tetapi ia adalah masalah tipikal anak-anak kecil. Maksudnya balm ini bukan lagi satu kehendak, tetapi ia sudah menjadi KEPERLUAN ibu-ibu diluar sana. Gambar di bawah ialah packaging semasa kerjasama dengan Omar Hana. Comel jer kan?
Kini ada 5 jenis balm dan produk-produk lain yang akan Jannah kongsikan dalam entry yang akan datang. Begitulah secara ringkasnya pengenalan dan sejarah Tasneem Naturel.
Semoga Tasneem Naturel akan terus dapat membantu ibu bapa dalam menyelesaikan masalah berkaitan penjagaan kesihatan bayi dan anak-anak dengan produk-produk natural yang selamat, berkesan dan pada harga yang sangat berpatutan.

You May Also Like

0 comments